Tuesday, February 24, 2015

ME AS WEDDING PLANNER...UTK SIAPAKAH???

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru Cina... Macam ceria je kan bride-to-be ni nak update entry. haha. gelak sikit. Tak happy mana pon. Baru je balik dari ber'holiday' kat kampung kesayangan. Alhamdulillah, beberapa hal sudah settle. Dan baru-baru ni jugak my one n only sister dah kahwin. Akhirnya...cewahhh...:) NAk tau sape wedding plannernye...jeng..jeng..jeng.. sudah semstinya aku...:PPP

Majlisnya just simple-simple je. Aku hanya berikan apa yang termampu je. Macam tak sangka je, beberapa hari lagi aku nak bergelar isteri orang, kakak aku dulu memotong. hishh..dalam masa dua bulan, dua kenduri kat umah aku. Pengsan mak!! Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

 Persiapan tuk kakak aku bermula beberapa hari je sebelum majlis. tu pon semua last minute punye plan. dari hand bouquet sampai lah tirai pelamin, semua handmade tau. sendiri buat.. barang-barang hiasan aku banyak cari kat DIY. Sesiapa yang meminati craft macam aku ni comfirm minat ngan kedai aku ni. banyak barang-barang menarik. macam-macam ada. Kain tirai lak aku cari kat Jakel, kebetulan sana ada sale masa tu, so murah lah skit kainnya.

 Ni antara gambar-gambar persiapan.. Masa kat kedai bunga tu, alaa, perempuan kan, memang rasa macam tak nak keluar je. CANTEK sgt. Aku ni dah laa giler bunga. Rasa macam nak beli semua.haha..

  
Nasib baik ada yang nak menolong. Ni my future sis in law. Banyak jugak membantu. Thanks a lot. Masa ni tengah cari bunga tuk bunga tangan. First time buat bunga tangan sendiri. Walaupun tak cantik mana tapi aku puas hati.:)



taadaaaa...ni lah hasilnya... first try kan..not bad lah. ada lah rupanya. InsyaAllah, need more practice. masih ada lagi adik perempuan. Lepas ni dia pula... Aku awal-awal volunteer nak buat..hihi.. 

inilah hasilnya mini pelamin tirai aku. simple but aku puas hati. Tak yah nak bajet banyak-banyak. just sewa pelapik nikah je. Lagi sweet kalau ada bunga kat kiri n kanan pelamin tu. Kalau ada stage lagi cun. Tapi sayang, semua last minute. Mana nak cari semua tu. Apa yang ada jela.. Hope kakak aku puas hati..:)


Kami berkongsi nama yang sama...jgn slh faham ye...hihihi


My one n only sister.. Make up of cos laa by me..kihkihkih..Simple je..Die request macam tu. So ini lah hasilnya..abaikan aku yang makin mengembang tu..Ya Allah, selera makan bertambah-tambah. dah tak larat nak diet. makin hampir dgn tarikh, makin menjadi-jadi..haaa....






with my lovely mommy... Thanks untuk segalanya. Mak orang kuat...segala-galanya dia buat tuk anak-anak dia...lepasni nak kerja kuat tuk majlis aku pulak...sayang mak..:)

ok, Dah selesai satu babak. Holiday dah habis, So, arini dah start keje balik, lagi dua minggu keje pastu cuti kawen..yahhhooo...kihkihkih...gatal kan...
So, sekarang dah boleh fokus tuk persiapan aku... Dah tak banyak. kot..hahaha. 

Aku harap majlis yang bakal berlangsung ni berjalan lancar. Semoga rumahtangga yang bakal dibina ini diberkati. Kami budak-budak baru nak mula hidup...jangan diduga hubungan ini. Biarkan kami bahagia...Doa yang baik-baik sahaja ya..:) 

LOTS OF LOVE
HUNNY


Saturday, December 27, 2014

Dah nak Kawen ke aku?? Gelak sikit...hahaha

Assalamualaikum dunia.

 Rasa macam dah lama tak jenguk blog kesayangan ni. Rasa macam dah tak ada hati nak berblogging. Tapi malam ni, bila dah tak tahu nak buat apa. Tetiba tangan ni gatal plak nak menaip. Sibuk sangat dengan kerja. Balik rumah dah petang dah nak rehat lagi. Sabtu ahad pon kadang kadang oncall. So tak dapat lah nak rehat puas-puas sgt. Tak macam dulu-dulu. Oh ye, persiapan kahwin pon dah bermula. Dalam 40% dah siap. Excited nak kawen.hahaha. gelak puas-puas. Bila tarikhnya tu kena tunggu I announce next post la. bajet retisss laa pulak. Ni nak kena buat pc bagai ni. Mengalahkan Che Ta. Baru lah wedding of the year.

  Seronok buat persiapan ni. Semua benda buat sendiri. Slow-slow buat, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nasib baik ada jugak yang nak tolong. Bab-bab goodies ni aku dah settle awal-awal. sbb malas nak fikir dah. Nanti lagi busy dengan benda lain pulak. Nasib baik jugak ada En.Tunang yang banyak jugaklah menolong. Semua benda aku buat ngan dia. Nak beli barang apa-apa je mesti kena ada dia. Dah dia bank nye, of kos laa kena tunggu dia. hahahaha..gelak lagi..

  Tapi dalam masa yang sama aku takut jugak nak kawen ni. Kawen bukan perkara main-main. Ingat senang ke nak jadi isteri yang berkerjaya. Ikotkan hati aku nak je jadi suri rumah tapi kos sara hidup sekarang tinggi. Nak harapkan dia sorang mmg makan pasir la kami.hihihi.. Tapi rezeki itu Allah yang bagi. Kita usaha lah sama-sama. Tanggujawab seorang isteri pon bukan senang. Bila dah jadi isteri, semua benda kena minta izin dari si suami. jangan nak main hentam macam skang ni. bujang boleh lah lagi, nak lepak memalam, nak kua sesuka hati. aku takut aku tak laksanakan tugas sebagai isteri dengan baik. Semoga dia boleh bimbing aku ke arah yang lebih baik.

  Kata orang kawen biarlah sekali seumur hidup. Tapi yakinkah aku dia itu jodohku. Aku harap apa yang ada di hadapan ku ini tabah menghadapi dugaan berumahtangga bersama. yelah, kami masih muda, darah panas. mudah naik angin, ssh nak kawal emosi. Masa tunang pun sellau gaduh, inikan pula dah berkongsi hidup. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Dengan masa yang masih ada ni, aku harap sempatlah aku settle semuanya. Mungkin kita merasai kesusahan sekarang. tapi InsyaAllah, Allah kan ada. Mintalah dengan Dia.


tunjuk skit gambar pre wedding.hihihi...

for you my dear....





Awak...
 Alam rumahtangga bukannya mudah. kita lalui bersama k. Susah senang sama-sama. Saling melengkapi antara satu sama lain. Fahami saya, saya akan fahami awak. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya. I'm not perfect girl but i will be the best for you n our life.
LOTS OF LOVE

Monday, July 21, 2014

#momenstcintaHA_FI HaniFaizzy's Engagement 7JUN 2014

assalamualaikum..
hello..hai... Lama menyepi kan. Biasa lah, bila dah melangkah masuk ke alam pekerjaan, masa semakin kurang. Balik umah je dah petang, badan penat dah tak ada masa nak mengadap laptop. Tak macam zaman-zaman student dulu. Really miss that moments. miss my beloved friends too. Tujuan ngedate memalam ni sbenarnya nak cite pasal my E-day bln lepas..Ahahh...dah jadi tunangan orang dah ni..darah manis semanis gula gitu..hahhaa
  Setelah sebulan lebih bergelar tunangan orang, Alhamdulillah setakat ini masih baik dan bertambah baik. Sebenarnya persiapan tuk majlis pertunangan aku ni dah dirancang start bulan februari lagi. Tak ada lah rancang beria sangat. Sekadar buat sikit-sikit, tak ada lah terasa sangat penatnya tu. Syukur sangat majlis pada hari tu berjalan lancar. Thanks pada yang terlibat terutamanya family aku and Family Haji Long, keluarga besar aku.huhuhu..nak nangis ase..:')

  Pada 7 JUN 2014,sabtu, majlis pertunangan aku berlangsung. Semua aku buat sendiri. Hantaran, goodies bag, termasuklah make up, semua sendirian berhad. majlis tu dimeriahkan lagi dengan kehadiran sahabat aku dari zaman sekolah rendah and bestfriend  aku yg datang dgn family dari jauh. Thanks a lot friends. 

Kat bawah ni aku ada share beberapa keping gambar sekitar majlis pertunangan aku. Thanks to photographer yang ambik gmba yg superb cantek!! Servis terbaik dr anda...kawen nanti bole laa ambik lg,,huhu



 perbincangan antara dua keluarga. Tapi time ni dah abis bincang dah. Aku tak dengar satu apa pun sebab kena duk lam bilik, time sarung cincin je dorang bagi keluar. memang dah adat camtu kan.:)

menggigil saat cincin disarung ke jari manisku. Berdebar kot..ni baru tunang belom lg nikah.


pelamin yang simple tapi cantek menarik da bomb gitu.


Selesai majlis tu, aku dan encik tunang bergerak ke outdoor photoshot. Konon-konon tuk pre-wedding laa.. Memula kekok giler nak posing. Biasenye posing sendiri-sendiri boleh laa..nak posing-posing depan photographer ni segan melampau sgt. senyum pon rase macam kelakar je.haha..pengalaman manis mse ni..sweet moment gitu.



Ada banyak lagi gambar tapi tak dapat nak share kat sini. Baru je dapat album dua minggu lepas. sangat berpuas hati. cantek-cantek gambarnya.


 Orang kate alam pertunangan ni banyak dugaannya., Aku pon tak pasti macam mana. Tapi aku harap aku dan dia dapat lalui dengan penuh kesabaran dan tolak ansur. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Dalam perhubungan mesti akan ade perselisihan faham tapi aku harap kami dapat handle benda ni. InsyaAllah, doakan semua berjalan lancar sampai lah hari wedding kami nanti. kesetiaan dan kepercayaan menjadi teras perhubungan kami berdua...insyaAllah, jodoh itu milik kami..amin...

LOTS OF LOVE

Tuesday, March 4, 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

 THE REUNION.

  Saat kaki melangkah masuk ke dewan utama, dalam fikiran masih tertanya-tanya, siapa yang telah mengirimkan kad jemputan itu kepadaku. Rasanya sudah terlalu lama aku meninggalkan zaman kolej. Hanya beberapa orang sahaja yang masih lagi berhubung denganku. Yang lain hilang entah kemana. Debaran semakin kencang bila cuba mengingati kembali setiap wajah rakan sekelasku. Dan yang paling tak pernah aku lupa, si dia. Hadirkah dia pada malam ini?

  Dewan dihias sangat cantik, kena dengan tema malam ini, Fairy Tales. Tak sia-sia aku pakai baju ala-ala cinderella ni. Kehadiran aku disambut mesra oleh dua penyambut tetamu. Belum sempat aku ingin bertanya siapa yang anjurkan majlis ni, seseorang menyapaku.
   “Hai,Lili...” Aku terus memandang kebelakangku.Seakan kenal benar dengan suara itu. Memang tak salah lagi, kawan baikku, Khalisa. Sekarang sudah berumahtangga dengan salah seorang rakan sekelas kami, Shahrizal. Shahrizal dulu memang ramai peminat dan tak sangka pula mereka berdua boleh kekal sehingga sekarang. Dah jodoh kan.
   “Hai! Amboi sekarang, makin mantap walaupun ada anak kembar.” Aku bersalaman dengannya. “Mana suami kesayangan kau?”
   “Ada, dengan kawan-kawan yang lain. Kau datang sorang aje ke? Takkan single lagi?” Khalisa bertanya. Memang antara kami tiada rahsia. Semua benda kami kongsi. Tapi kekasih hati memang tak lah. Nak mampus??
   “Aku datang sorang je. Mana ada lelaki nak teman aku ni. Dah lah tak cantik, pendek pula tu.” Aku sengaja buat muka sedih. Khalisa hanya tergelak. Kami bersama-sama masuk ke dalam dewan utama. Tak sangka, ramai sangat yang hadir pada malam ini. Masing-masing dah berubah. Sudah ada kehidupan sendiri. Lagu-lagu berkumandang dengan begitu rancak sekali. Makanan yang dihidang pun kelihatan enak belaka. Dewan semakin riuh dengan gelak tawa rakan-rakan. Sudah hampir lapan tahun tidak bertemu, macam-macam cerita. Masing-masing mengimbau kembali kenangan dulu-dulu dari mula masuk semester pertama hingga semester terakhir. Banyak kenangan indah yang terjadi.

  Sedang asyik berbual, dari jauh aku melihat seorang gadis menuju ke arah kami. Macam pernah jumpa sebelum ini. ‘Cantik!’Hatiku berbisik. Dia semakin menghampiri, senyuman manis dilemparkan kepada kami yang masih lagi asyik memandangnya. Siapakah dia?
   “Hai semua! Kenapa semua pandang I macam tu?” Dia tergelak. Haa...macam pernah dengar je suara ni. Tak mungkin dia...
   “Bella?” Salah seorang dari kami meneka. Dia sekadar mengangguk. Ya Allah, lain benar rupanya sekarang. Mungkin dulu dia berkacamata, sebab itu nampak lain. Sekarang nampak anggun jelita. Dah macam model. “Wow, tak sangka. Makin cantik sekarang.”
   “Mana ada, macam dulu juga.” Dia tersenyum. “Lili, Lisa, korang pun datang. Dah lama tak jumpa kan. I rindu kat korang semua.” Kami berdua hanya senyum dan memandang antara satu sama lain. Rindu konon. Dulu bukan main lagi kita bermusuh. Pantang jumpa je mesti gaduh. Ada saja benda yang dia tak puas hati. Selalu kenakan kami dan selalu sebarkan fitnah. Kami berdua pun pernah hampir putus kawan sebab dia. Tapi itu semua dulu, sekarang masing-masing dah dewasa. Malas nak ingat benda lepas.
   “Aah kan. Rindu sangat nak gaduh dengan kau.” Aku sengaja berkata begitu. Sekadar ingin melihat reaksinya. Khalisa menyikuku. Suasana disitu diam seketika.
   “Ala, benda dah lepas kan. Dulu kita budak-budak lagi.” Wajahnya tenang sahaja. Mungkin dia dah berubah. Alhamdulillah. Masing-masing tergelak. Suasana kembali riuh.

 Sementara itu,  beberapa orang rakan lelaki berkumpul sama seperti kami, bergelak ketawa. Dari jauh aku melihat si dia. Sama seperti dulu, hanya diam tak banyak bercakap. Malam ini dia begitu kacak. Aku sekdar mampu lihat dari jauh. Dia bukan jenis yang mudah untuk didekati. Ego mengalahkan gunung everest tingginya. Sudah kahwinkah dia?  Khalisa menarik tanganku dan mendekatkan bibirnya ditelingaku.
   “Dia masih lagi single. Kau masih ada peluang.” Khalisa mengenyitkan matanya padaku.
   “Ish,kau ni! Mustahil. Aku ni bukan jenis yang dia minat la.” Aku menundukkan wajahku. Rasa macam naik merah muka menahan malu. Macam mana Lisa boleh perasan aku sedang perhatikan dia. “Emm..Bella, kau kerja kat mana sekarang?” Aku sengaja alihkan topik perbualan bagi menghilangkan rasa malu.
   “Hah? I.. I tak kerja. Malas lah nak kerja. Papa I hantar I pergi luar negara, rumah aunty I. Tolong aunty I kat sana tengok-tengokkan bisnes dia.”
   “Haa Bella, I nak tanya you ni. Tapi you jangan marah tau. I pon dapat tau dari orang lain.”  Jessica tiba-tiba mencelah.
  “Tanya lah. I ok je.”
   “I dengar you ada buat plastic surgery kat luar negara. Sebab tu you tak ada kat malaysia. Betul ke?” Nasib tak tersembur je air sirap dalam mulut aku ni. Berani betul Jessica tanya. Tapi Jessica memang jenis macam tu. Kalau dia nak tau sesuatu, dia takkan segan silu nak tanya. Masih tak berubah perangai Jessica ni. Semua kawan-kawanku yang lain memandang tepat ke wajah Bella. Ada riak gelisah di wajahnya.
   “Hei, Jess! Choi! Mana ada. Ni wajah original tau. Mungkin you all nampak lain sebab I pakai make up dan lens kot.” Nada suara seakan menyembunyikan sesuatu. Ah, lantak kau lah...

 “Ladies and gentlemen...” Semua tetamu memandang ke arah pentas utama. Pengacara majlis mula berceloteh bagi memulakan acara pada malam ini. “Kami ingin berterima kasih pada Miss Nabella Idora kerana telah menganjurkan majlis pada malam ini. Majlis ini bertujuan untuk mempertemukan semula rakan-rakan kolajnya dulu. Berkan tepukan gemuruh untuk Miss Bella” Masing-masing terbeliak biji  mata apabila mengetahui siapa penganjur yang sebenarnya. Akhirnya persoalan terjawab. Tapi memang masuk akal pun kalau dia yang sponsor. Anak Dato’ la katakan. Suasana majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian.
   “Lili, aku nak beredar kejap. Nak cari Shah. Risau pula tinggal dia lama-lama.” Khalisa segera bangun dari tempat duduknya.
   “Amboi, kau! Takut sangat suami dia kena kebas. Jangan risau lah. Kau kan dah kahwin dengan dia.” Aku sekadar mengusik.
   “Orang lelaki ni kalau dibiarkan susah. Kau tau-tau je la si Shah tu macam mana. Perangai dulu memang susah nak berubah.” Aku menggelengkan kepala lalu membiarkan Khalisa beredar. Aku faham benar dengan perangai dua orang ni. Macam belangkas. Mana boleh berjauhan.
   “Ok semua, sekarang kita ada satu pengumuman.” Muzik tiba-tiba dihentikan. Aku malas nak ambil tahu apa yang pengacara majlis ingin umumkan. Makan lagi best. “Sesiapa yang ingin membuat persembahan, tak kira lah sama ada nyanyian atau tarian, sila ke belakang pentas.” Aku terus memandang ke arah pentas. Nasib baik tak tercekik tulang ayam. Macam menarik je. Dalam kepala ada satu idea yang seakan-akan memaksa aku untuk laksanakannya.

   Biar betul apa aku nak buat ni. Kaki seakan kaku, jantung makin laju berdegup. Dari atas pentas, aku dapat melihat semua tetamu yang hadir dengan jelas. Tapi, mana dia?
  “Ehem...” Semua mata memandangku. ‘Ni yang aku ketar lutut ni. Nak teruskan ke tak nak ni. Nanti aku juga yang malu muka.’ Aku pejamkan mata buat seketika. Nafas ditarik sedalam mungkin. Kalau aku tak lakukannya sekarang, sampai bila-bila aku akan menyesal. No pain, no gain!
   “Hello semua. Malam ni, saya nak sampaikan satu lagu khas buat seseorang yang selama ini saya suka dalam diam. Saya tak pasti sama ada dia menyedarinya atau tak. Dari hari pertama saya bertemunya di kolej, saya sudah jatuh hati pada dia.Apa yang penting, malam ini saya persembahkan lagu ini khas untuknya. Terimalah.” Aku menundukkan wajahku. Agaknya sudah naik merah. Malu! Namun aku kuatkan hati. Aku dendangkan lagu itu dengan penuh perasaan, namun aku langsung tidak nampak si dia berada di bawah sana. Mungkin dia sudah balik. Aku redha. Mungkin jodohku dengannya.
  Sebaik sahaja lagu itu habis, masing-masing bersorak dan meminta aku untuk pusing ke belakang. Alangkah terkejutnya aku melihat dia berdiri dibelakangku sambil memegang sejambak bunga ros. Dia terus mengambil mikrofon dari tanganku.
   “Maaf semua kerana saya mengganggu. Saya mencari seseorang yang saya minat dari dulu lagi tapi saya tak jumpa....” Airmukaku terus berubah. Deawan yang tadi riuh rendah dengan sorakan tiba-tiba sunyi seketika. Aku kecewa lalu bergegas turun dari pentas. Belum sempat aku melangkah, tanganku ditarik.  “Sebab itu saya naik ke pentas ini, si dia yang saya minat selama ini berada di sini.” Dia tersenyum memandang aku. Airmata mula membasahi pipi. Tak dapat disekat lagi. Dia, Mohd Aidil, insan yang selama ini aku tunggu.
   “Kenapa baru sekarang?” Akhirnya aku bersuara.
   “Sekarang baru masa yang sesuai untuk saya melamar awak untuk jadi isteri saya. Sudikah awak?” Dia menghulurkan sebentuk cincin kepadaku. Mimpikah aku? Tanpa berkata apa-apa, aku sekadar mengangguk sebagai tanda setuju. Speechless!
 Baammm! Terdengar bunyi tembakan. Suasana menjadi huru-hara. Aku memegang erat tangan Aidil mengekorinya dari belakang. Aku seperti dalam keadaan separuh sedar. Terasa tembakan itu dekat denganku.
   “Hello semua... Jangan takut. Jangan bising. Aku bukan nak tembak korang semua.” Semua terdiam. Masing-masing memandang ke atas pentas. Nabella? Yang lain semua bergegas keluar.  “Kawan-kawan tersayang. Jangan lari. Khalisa? Shah? Kamu berdua nak lari kemana?” Nabella melompat turun dari pentas. Pistol di acu tepat ke arah Khalisa. Aku tergamam. Aidil cuba menarik tangan aku mengajak aku keluar namun aku menarik lembut tanganku. Khalisa dalam bahaya. Aku harus selamatkan dia.
  Dewan yang tadi meriah dengan lagu dan riuh rendah kawan-kawan sekarang hanya tinggal gelak tawa Nabella yang makin menyeramkan. Kenapa dia bereaksi sedemikian. Apa salah Khalisa padanya. Di dalam dewan itu hanya aku, Khalisa, Shahrizal, Aidil sahaja yang tinggal.
   “Jangan takut Lisa. Aku bukan nak tembak kau. Aku nak bunuh Shah!” Tegas Nabella.
   “No!” Khalisa menarik tangan Shah. “Kenapa Bella? Apa salah Shah kat kau? Apa yang kami buat kat kau hinggakan kau mahu bunuh kami?” Khalisa bertanya dengan nada sebak.
   “Memang kau salah. Salah kau kerana memiliki Shah. Sepatutnya Shah milik aku.” Nabella mengacukan pistol ke arah Shah pula. Aku dan Aidil sekadar memerhati dari jauh. Khalisa memandang Shahrizal.
   “Itu cerita dulu. Dah lama berlalu.” Shahrizal bersuara sambil memegang erat isterinya.
   “Shah, dulu kau kutuk aku, kau kata aku hodoh, buruk. Kau tolak aku hanya kerana aku hodoh. Tapi sekarang aku dah cantik. Cantik kan. Aku sanggup habiskan duit aku semata-mata nak nampak cantik untuk kau. Itu pun kau tak nak hargai.” Suara Nabella kian suram. Memang dulu Shahrizal ramai peminat. Tak sangka Nabella juga meminatinya.
   “Kau dan Shah memang tak ada jodoh, Bella. Dia milik aku sekarang. Aku minta maaf. Lepaskanlah kami.” Khalisa merayu. Aku dan Aidil berjalan menghampiri Shahrizal dan Khalisa.
   “Jangan cakap banyak Lisa. Cuba kau ditempat aku, mungkin kau buat benda yang sama. Aku cintakan kau, Shah. Please, be mine!” Nabella cuba menagih simpati.
   “Tidak, Bella. Aku sayangkan Khalisa. Aku sayangkan anak-anak aku. Jangan pisahkan kami. Biarkan  kami bahagia.” Shahrizal cuba memujuk.
  “Ok, Shah. Kalau itu keputusan kau. Lisa, kalau aku tak dapat miliki Shah, kau pun sama tak dapat miliki Shah. Lebih baik kau mati Shah.” Pistol diacu tepat pada Shahrizal. Aidil berlari selaju mungkin untuk cuba merampas pistol ditangan  Nabella. Belom sempat Aidil merampasnya, satu das tembakan tepat pada dada Shahrizal.
   “Shah!” Khalisa menjerit sekuat hati. Aidil masih lagi bergelut dengan Nabella. Nabella semakin lemah lalu melepaskan pistol ditangannya. Dia terduduk.

Beberapa minit kemudian polis tiba. Seorang wanita menghampiri kami.
   “Bella! Apa yang Bella dah buat ni?” Wanita itu memeluk Nabella. “Maafkan saya semua. Saya Jasmin, kakak Nabella. Saya tak sangka yang dia akan buat perkara ni.” Jasmin mula menangis. Kami hanya diam. Khalisa memegang erat tangan Shah.
   “Aidil, dah call ambulan?” Melihat keadaan Shah yang semakin tenat. Mampukah Shah bertahan. Khalisa tak henti menangis. Aidil sekadar mengangguk.
   “Pada mulanya saya ingat reunion yang Bella anjurkan ni sekadar ingin berkumpul dengan kawan-kawan. Saya faham benar dengan sikap dia. Dia tak pernah ok dengan kamu semua kan? Tapi, selepas saya dapat tahu pistol milik papa kami hilang, sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dan sekarang, ini sudah terjadi. Maafkan saya sebab terlambat.”  Nabella cuba meronta-ronta. Tak mahu dipeluk. Dua anggota polis menghampiri kami dan membawa Nabella dan Jesmin ke balai untuk disoal siasat.
 Aku mula resah. Ambulan masih tidak sampai. Shah pula tidak mahu kami membawanya ke hospital.
   “Sayang. Maafkan Shah. Shah sayang Lisa. Jaga anak-anak kita. Shah...” Shahrizal cuba berbicara walaupun sekarang dia dalam keadaan kritikal.

   “Shah, Lisa sayangkan Shah. Jangan tinggalkan kami, Shah. Kami perlukan Shah.” Airmata Khalisa semakin laju mengalir. Namun kami tak dapat berbuat apa-apa. Shahrizal telah pergi selamanya. Aku memeluk Khalisa dari belakang. “Shah.....” Khalisa cuba untuk tidak meraung. Khalisa memang seorang yang tabah. Aku tahu dia dapat hadapi semua ini. Semua sudah tertulis. Nabella...hidup ini karma. Kau jangan ingat kau akan terlepas.

Monday, February 17, 2014

Idea...Idea...

Salam sayang semua. Blog ni macam tak berapa nak hidup je kan. Sejak kerja ni, memang jarang bukak. Rindu zaman-zaman belajar dulu, ada je benda nak update, ade je benda nak share n ade je masa nak mengadap lappy. Dah nama pun student, laptop ni kire teman baik laa sebab selalu online.hehehe...

  Baru-baru ni, aku ade laa berblogwalking setelah sekian alam x buat. Ada terjumpe satu blog ni. Bloggernye seorang penulis novel. Sesiapa yang memang giler novel mungkin kenal ngan insan ni. Aku tak berapa giler novel tp bole laa sket2..hehe.. Dia ada buat pertandingan cerpen. Dah mcam zaman-zaman sekolah dulu je. Aku memang minat sangat reka-reka cerita ni cuma susunan ayat tak berapa nak menjadi, tu yang hajat selalu tak kesampaian. kalau tak memang dah jadi penulis novel dah aku ni.kuikuikui....

  Sekarang tengah perah otak mencari idea. Memang teringin benar nak masuk contest ni. Tak kesah menang ke tak, janji puas hati dapat share karya dengan seorang penulis novel. Dorang of cos laa banyak ilmu pengetahuan dalam bab-bab novel ni, aku nak jugak tahu tahap cerita, gaya penulisan aku ni. Mana laaa tau kan.. Kalau menang, Alhamdulillah. Rezeki semua ALLAH yang tentukan.:)

So, sesiapa yang rasa berminat nak jugak tulis cerpen ni bolehlaa tengok syarat-syarat kat blog ni.


Tarikh tutup 5hb mac ni tau. so masih sempat lagi buat sape-sape yang nak join tu..so, goodluck n wish me luck too..:)

LOTS OF LOVE

 

Saturday, November 9, 2013

Tak salah nak cuba benda baru kan?

Salam semua...
Alhamdulillah, ada jugak masa terluang nak update isu-isu terbaru sekarang ni. Sekarang macam-macam application dah kua. Ada yang best n ada jugak yang tak best. Ada yang dah lame kua tapi baru sekarang perasan sebab sibuk. Macam games jugak, bagi yang kaki games tu mungkin dorang tau ape games yang terbaru kua. Bagi aku yang hanya pandai main game candy crush ni (tu pon level 30 xlepas2..haha..) memang tak tahu langsung laa pasal games ni.hehe..yang candy crush tu pon tak selalu main.

Selain facebook, aku ni memang suka ngan application Instagram. Yelaa, aku ni suka post gambar-gambar, suka tengok gambar-gambar artis, barang-barang macam baju, kasut n sebagainya kat instagram. Kalau dulu online shop hanya kat facebook n blog je kan, sekarang kat instagram pon bole. lagi best kot. bukan setakat gambar, video pon bole. Artis-artis pon banyak share gambar-gambar terbaru dorang, rasa macam lagi dekat.

Baru-baru ni masa ngah duk tengok-tengok gambar kat instagram, ada satu instagram ni, instagram Hanis Zalikha @ Keknis, dia ad post pasal application baru iaitu Dayre. Macam best je..macam best je..huhu. So dengan sepantas mungkin aku cari kat Play Store. Dayre ni lebih kurang macam blog jugak tp aku rse lg simple la sbb bleh terus post gune fon.Senang. Bila-bila masa je bole post. Blog pon bole jugak. Aku ni jenis yang suke tulis diari, apa-apa yang terlintas difikiran or apa-apa masalah aku share lam diari aku, bila ada blog aku share lam blog n sekarang aku ada Dayre, so senang nak tulis apa sahaja yang aku nak..bila-bila masa...

Haaa..ni laa application tu. Macam best je kan. Pedulikan aku punye cover photo..Aku ni peminat tegar kartun..teramat sangat. So sape2 yang ada Dayre ni jom follow me...i'll follow u back..:)



Ni aku punye instagram. Saje je nak promote instagram sendiri. 

Benda-benda macam ni sebenarnya dapat jugak hilangkan stress. Dapat jugak tau info-info terkini, fesyen terkini, tetapi boleh jugak menambahkan stress. Laju je duit keluar bila dah nampak barang-barang cantik kat online shop ni. Stress betol kan.hahaha

Memang tak salah laa kan nak mencuba benda-benda baru ni. Dan janganlah kita guna benda-benda ni untuk jalan yang salah or untuk hentam mana-mana pihak ke. Tak elok tau. Masing-masing ada hak masing-masing nak post whatever dorang suka. Lately ni banyak komen-komen kat gambar-gambar artis yang kurang senang tuk dibaca. Nak menegur tu bagus tapi biar kena dgn cara. Dan kita sebagai pengguna pon agak-agak laa nak post sesuatu, fikir dulu. Kalau benda tu tak mendatangkan mudarat or apa shaja yang positif teruskan niat anda. kalau tak, simpan je tuk diri sendiri. Kata orang, tak semua benda kita boleh share kan. tak gitu?

Lagi bagus kalau guna kan applications ni tuk benda2 yang baik contohnya macam sebarkan nasihat2 yang berguna, sebarkan tips2 yang baik2 or boleh juga dijadikan tmpat tuk sampaikan ilmu2 yang berguna. masing-masing dapat pahala. amin.:)

So, apa lagi, cepat2 laa install...same2 laa kite ber'Dayre'...Ingat!!Sebarkan yang elok-elok sahaja...:)

LOTS OF LOVE





Friday, October 11, 2013

"Tak semestinya sekali cuba terus jadi..."

Hallo hai semua. Lagi beberapa hari kita bakal menyambut hari raya aidiladha. Sesiapa yang dapat cuti mesti happy riang tak terkata sambil lompat-lompat hipp-hipp hoorey kan. Tak macam aku ni, raya nanti kena kerja. "Kami sedia membantu"... Selagi masih single, maksud aku single tak kawin laa, selagi tu tak kesah sangat(ekceli dah siap prepare kotak tisu..kot-kot nangis malam raya..) Takpelah, masa ni lah nak rasa semua ni. sabar jela.

Esok aku dah start keje sampai raya. Then bercuti seminggu selepas itu. Amboi! ni betul-betul lepas geram. Bukan selalu dapat balik kampung. Masa ni laa nak bermanja-manja ngan my mum. masak sesedap. Tak ada sapa boleh lawan masakan mak n abah. The best in the world lah. Dah laa musim buah tak dapat balik. kompem-kompem buah-buah kat kampung dah dirembat dlu oleh adik beradik yang lain. 

  Balik kampung nanti kompem berat badan naik balik..Arghh. Itu yang membimbangkan aku. ya, aku seorang yang suka kan kecantikan n sudah semestinya aku tersangat obses utk kurus. Tak dinafikan naik sekilo pon aku dah rse macam naik 10kg. Sebab tu sekarang aku mula berjaga-jaga bab-bab makan. Masa ni lah nak jaga kesihatan diri. Bkn setakat pemakanan je kena kawal, kena lah selalu exercise. Aku sekarang akan paksa jugak diri tuk luangkan sikit masa tuk exercise. bagi badan berpeluh sikit. mula-mula memang rasa berat nak buat, bila dah selalu, rse best plak. macam-macam exercise boleh buat. Aku sekarang tertarik dengan zumba. ape tu? Alah, korang mesti lagi tau kan. Aku baru je tau pasal ni, search kt youtube, then ikot step dorang. best. buat kat rumah suda.

  Sekarang aku tengah survey supplement terbaik tuk kesihatan diri. Kena hati-hati jugak bab-bab ni. Ada jugak produk yang tak mendapat kelulusan dr KKM, itu laa ini lah sampai memudaratkan diri sendiri. So hati-hati lah ye kawan-kawan. Macam-macam produk keluar sekarang, Semua orang mampu untuk kelihatan cantik. Umur makin hari makin meningkat, so jagalah kesihatan diri.  Kecantikan itu bukan terletak pada luaran sahaja, dalaman jugak penting. Sebab tu aku tengah sibuk duk cari produk yang tebaik dan berpatutan. Any suggestion tuk aku?


Tak dinafikan semua orang nak cantik, macam-mcam benda cuba tuk jadi cantik. Sebenarnya semua orang cantik, cuma ia berbeza dari sudut pandangan setiap insan. Citarasa kan berbeza-beza even model pon ada je yang tak cantik. Semua tu boleh tacap. So, jadilah diri sendiri. Cantik itu ada dalam diri kita.. Tak gitu?



So kawan-kawan, jaga lah kesihatan kita tak kira muda atau tua. 

"You're amazing..Just the way you are..."


LOTS OF LOVE


Monday, October 7, 2013

My Seri

Assalamualaikum..:)

Hai semua... Macam mana dengan hari-hari korang. Best x? Aku, alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik hari yang baik walaupon ada juga dugaan-dugaan yang menimpa, just hadapi dengan senyuman. Walau berat mana pun masalah kita tu, tarik nafas n fikir sejenak. Allah takkan bagi dugaan yang hamba-hambaNya tak mampu hadapi. Allah tahu kita kuat, sbb tu Dia bagi kita dugaan-dugaan itu. Itulah kata-kata semangat yang selalu aku duk nasihat kat diri ni bila aku panik, lemah semangat, stress n macam-macam lagi. 

  Selain dari tu, ada cara lain tuk aku hilangkan stress  aku tu, sekarang aku ada penyeri hidup...ape tu?hehehe... Aku ada bela kucing. dah hampir sebulan lebih aku jaga dia. seronok. Ada student kat tmpat keje aku bagi kat aku. memang comel. aku namakan dia Seri Dewi Malam. actually mula-mula aku letak Seri je, pastu kononnye nak  nama panjang so aku letaklah nama Seri Dewi Malam. Ok laa tu kan. Memang aktif gila, kuat makan kuat tido kuat bunyi n membebel but really penakut. selalu nak berteman. pegi dapur pun nak berteman.

 Seri selalu buat bising tengah2 malam pagi2 buta. suka kejutkan orang pagi2. Kucing yang baik, tak berak merata, tapi kadang-kadang nakal sampai aku terpaksa kurung dia. Tangan penah jugak calar-calar sebab kena cakar ngan dia. kat muka pun ada tapi nasib baik xjelas sgt. bole cover ngan make up. But it's okay. Aku tak penah amik kesah pasal tu semua sbb I love cats so much...


Hilang penat bila balik keje je Seri sambut kat pintu dgn muka bru bgn tido. comel sgt. Bila dapat peluk dia, sembang-sembang dgn dia seakan-akan dia paham apa yang kita cakap, hilang stress aku. Bila aku sembang-sembang dengan dia, dia akan mengiawww mcm mengiyakan apa yang aku ckp. even dia tido sekalipun kalau aku panggil paling malas dia akan angkat ekor tanda die dgr aku pagil dia. :')






Tapi hari ni Seri tak berapa sihat, so dia bad mood je. nak dekat pon xbole. tak aktif langsung, tido je dari pagi sampai malam. Ni gara-gara aku bawak dia pegi klinik, pi cucuk vaksin. Doktor ada ckp, dlm mse dua,tiga hari dia akan bad mood. maybe kesan cucuk tu kot. sakit agaknya. sian Seri.



6/10/2013 berat seri 2.1kg. next appoinment dgn doktor 6/11/2013. nak cucuk vaksin yang kedua. Apa saja untukmu seri, asalkan seri sihat n bole bagi aku tersenyum n gelak sakan tgk gelagat seri.. love u so much... semoga cepat sihat. lepas raya haji nak balik kg, hope dia xbuat perangai dalam kereta..:)

LOTS OF LOVE

Monday, September 23, 2013

Pekakkan telinga suda...:)

Assalamualaikum...

Have a nice day today? Me? ok-ok je laa. Bila masuk ari isnin je rasa mcm malas nak pegi keje. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab tu ada, so aku gagahkan jua diri ini bangun pagi-pagi duk make up bagai  semata-mata nak cari rezeki yang halal. Bila sampai tempat keje, aku cuba berikan yang terbaik, cuba untuk senyum walaupun dalam hati ini takkan ada siapa dapat tafsir. Happykah aku berada disini? Persoalan itu aku sendiri tak dapat jawab.

 Kenapa mood macam sedih je ni? Sebenarnya, tak ada lah sedih sangat cuma terkilan dengan sesetengah pihak yang suka duk campur tangan, busybody pasal hal hidup kita. Aku tak kisah, tapi kadang sampai buat hati tersinggung, ini tak boleh dibiarkan. Aku malas nak cerita apa yang buat aku tersinggung tu. Malas nak semakkan aku punye blog dengan perkara-perkara tak best. Cuba untuk positifkan diri. Kalau duk pikir-pikir sangat nanti naik berkedut pulak muka aku ni. Tak pasal-pasal kena keluarkan duit tuk beli produk-produk kecantikan terkini dipasaran.hahaha

Ada jugak yang nasihat kat aku, tak payah pk sgt.. Kadang-kadang dorang jeles, sebab tu ada je yang dorang tak puas hati dgn kita. Mungkin kita ada kelebihan yang dorang tak ada. Be positif, pekakkan telinga, kita susah bukan dorang nk tolong pon. Kehidupan kita bukan dorang yang aturkan. Semua dah diaturkan oleh yang Maha Esa. Macam orang-orang duk kata tu, KARMA, what u give u get it back. Mungkin kali ni aku yang kena, mana tau lepas-lepas ni, dorang yang dapat sama macam dorang buat kat aku or sape-sape yang pernah terkena. Dunia ni satu je... tak lari kemana.... Nasihat ni tuk aku jugak, kadang-kadang aku tak perasan, kata-kata aku ni mungkin buat orang lain pulak terasa. Aku mintak maaf. Aku bukanlah baik sangat. Mulut ni jugak diluar kawalan..

  So lepas ni, tak payah nak puaskan hati orang sangat. Selagi kita happy dengan apa yang kita buat, selagi kita happy berkawan dengan sesiapa pun, selagi tu lah kita akan terus happy. Sampai mati pun kita tak dapat nak puaskan hati orang kalau memang orang tu tak sukakan kita. Biar orang buat jahat kat kita, jangan kita buat jahat kat orang. 

kan best lau ada kawan-kawan kat sini..leh share-share masalah ngan dorg. rindu time kolej dulu. banyak masa dgn dorg...miss them so much...:')


LOTS OF LOVE
    


Tuesday, September 17, 2013

Salam Sayang...

salam sayang..

 Sejak dah ada kerja ni, memang jarang sangat dapat buka blog ni. Bila dah buka, tak tau nak update apa sebab buat masa ni memang tak ada cite yang menarik. Paling menarik pon berat aku dah bertambah-tambah..(menarik ke??) Sejak kerja ni, berat badan susah nak kawal sebab waktu makan tak menentu. Kadang aku kerja malam, tengah-tengah malam boleh plak makan nasi. Lapar punye pasal. Nak bersenam pun xde mase. Bila balik dari keje xde maknanya nak bersenam, kompem terbaring atas katil sebab penat sangat..(penatlah kononnye) 

  Bila dah kurang masa untuk diri sendiri ni, jadi kuranglah masa tuk aku buat bnda yang aku suka. Tak macam dulu waktu cuti lama aritu, macam-macam benda boleh buat. buat kraf, buat kek, buat itu, buat ini. Ada juga terpikir nak jugak join kelas memasak ke, kelas menjahit ke, kelas menari ke ape ke kan.. Tapi tak tau kat mane tempat yang menyediakan semua benda tu. Almaklumlaa, aku kan semua benda tak tahu buat. masak pon main hentam je, janji kenyang. Nak jugak sekali sekala masak ala-ala hotel 5 bintang gitu.hahaha..berangan boleh laa...

Rindu plak kat kampung halaman. dah banyak kali terlepas musim buah n kali ni pon terlepas jugak. Semua buah kat kampung menjadi tahun ni tapi apakan daya, kami jauh. Balik kampung dapat tempoyak je.haha.. Ada satu hari tu sampai saggup beli durian kat area sini, dua biji dekat ngn rm50. mahalnya...xpuas makan pon. tapi takpe laa..dapat juga merasa.

Sekarang pon dah start oncall, so dapatlah kumpul duit skit2. Nak kawin ke?haha..selalu jgak org tanye tu. Tapi buat masa ni jawapannya NO. belum waktunya lagi tuk tamatkan zaman bujang. banyak lagi benda yang nak dicapai sebelom bgelar seorang isteri. InsyaALLAH, tak cepat tak lambat..just wait n see.. Nak kawin sekarang bukan senang, semua nak guna duit. Duit lak skang dah mcm air je mengalir, ari ni masuk gaji, esok dah abis dah. bayar itu bayar ini. Sabar jela.

 Tak ada benda nak dibebelkan lagi kot. Andai ade cite or apa2 yang menarik nanti I kongsi lagi k. InsyaALLAH, smga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki sentiasa...amin..




   LOTS OF LOVE




Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Salam ramadhan semua, terutama kat family, kawan-kawan yang aku sayang sangat-sangat. Bertemu lagi kita ramadhan tuk kali ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan ibadah puasa pada kali ini. Agar puasa kali ini lebih diberkati..amin..

  Bila dah masuk je bulan puasa, apa yang menarik, dah tentunya bazar ramadhan kan. Pelbagai juadah yang ada sampai kita rambang mata nak pilih. tapi lebih ke arah nafsu semata-mata. Sebenarnya makanan kat bazar tak ada laa sesedap mana, masak sendiri lagi best. So frens, berpada-pada lah bila membeli di bazar. jangan ikutkan nafsu sangat (pesan pada diri sendiri jugak). Kalau masa student dulu, aku selalu pegi bazar, dekat kelana jaya.  Nak buat pengakuan sikitlah kat sini, dulu memang beli makanan ikut nafsu. Masa kat bazar, macam-mcam nak beli, sampai penuh tangan. tup..tup..xabis jugak... kan membazir namanya. So, skang, tuk puasa kali ni xnak jadi mcm yang lpas2 punya. Masak sendiri lagi hokkeyyy...:)

   Tak lupa jugak pasal isu baju raya. Mesti ramai yang dah tempah kan? Aku? Entahlah, semuanya aku serah kat my mom yang uruskan. Bila dah besar n dah ade kerjaya sendiri ni, dah tak ada nikmat raya (emmm...maybe sebab tahun ni dah kena bagi duit raya kot..haahaha) So, rasenya tahun ni beli baju yang dah siap je kot.

  Apa-apa pun, selamat menjalani ibadah puasa.. tetapkan satu target yang ingin dicapai sepanjang ramadhan ini. sama seperti aku, aku ada target aku sendiri..InsyaAllah. N yang paling best, aku dapat sambut puasa dengan family aku. Esok balik kampung..yeaayy...semoga perjalanan aku selamat.. amin..


LOTS OF LOVE...

Friday, July 5, 2013

Alhamdulillah...:)

Assalamualaikum...
hai semua... Sudah sebulan lebih aku bergelar sebagai staf kat sini. Seronok ada, letih pon ada. Macam-macam berlaku dalam masa sebulan lebih ni. Tapi tak nak laa cerita yang sedih-sedih. Biarlah kita share benda yang menyenangkan hati je. FYI, 1st july baru-baru ni my birthday (saja nak heboh-hebohkan..hahahhahaha) Thanks pada yang wish kat fesbuk, sms n ada jugak yang kol..Paling terharu sekali my mum n adik kol pagi-pagi semata-mata nak wish besday ak..(tetiba rasa nak nangis..tacing plak ai..)

Dan yang paling hepi lagi, baru je masuk keje sebulan lebih, kami yang staf2 baru ni dapat gaji. Alhamdulillah... Syukur sangat. Disebabkan dah dapat gaji, kami pun plan laa nak buat makan-makan sket kat department tu. Org kata baru laa berkat..huhu.. Jamuan tu kami buat semalam (4julai). Menu pd hari tu, Nasi kukus, ayam goreng berempah.



antara staf kt jabatan kami. Alhamdulillah, semua kenyang..:)

Tak lama lagi bulan puasa. So, korang dah ready ke? Aku terlebih hepi ni sbb dapat cuti.. So dapatlah balik kg. Sambut puasa dengan family terchenta..Walaupun tahun ni tak dapat nak buat besday party mcm thn2 lalu (n langsung xdpt adiah...so sad..:(...) tapi aku tetap hepi, sbb orang2 yang aku sayang egt besday aku..thanks semua...

Kali ni entry pendek je..sebab mata dah penat menahan ngantuk ni. Walaupun esok cuti, tp ada benda yang nak disetelkan.. Dikesempatan ni, aku nak wish Salam Ramadhan pada semua org islam di dunia. Tetapkan target anda pada bulan berkat ini. Perbanyakkan ibadah...pesanan tuk diri sendiri jugak..:)


LOTS OF LOVE

Sunday, June 9, 2013

I Love Craft..:)

salam semua.. Selamat hari Ahad... Apa aktiviti anda pada hari ini. Ada yang keluar bersama kawan-kawan, kekasih hati or dgn family, kan. Untunglah siapa2 yang stay dekat-dekat dgn kekasih hati. Boleh la luangkan masa bersama-sama.. terasa jeles disini hokkkeyy!! Tiba-tiba terasa rindu plak kat kampung. Rindu masakan mak, rindu nak gaduh ngan adik, rindu nak bermain kat laman rumah, beriadah bersama keluarga, berkebun ke... Bila duk jauh ni, semua pasal kampung aku ingat. Masa ni baru rasa betapa nikmatnya duduk di kampung berbanding duk kat bandar besar macam sekarang ni. Tapi, aku redha.. Demi mencari rezeki yang halal.

Bila teringat masa cuti lama hari tu (sewaktu jadi penganggur terhormat dlu), teringat balik semua benda yang aku buat. Sekarang aku nak share lah sket apa yang aku buat sepanjang cuti 'menanam anggur' tu. Mula-mula bercuti dulu sibuk duk fikir nak buat apa tuk dapatkan duit. Nak keje kat bandar takde transport. nak keje kat kampung, apa je yang aku bleh buat. Disebabkan adik aku still lagi bersekolah, so aku dapat idea nk buat bisnes kecil-kecilan, suruh adik aku jual kat sekolah. First thing aku jual ialah kek cawan a.k.a cupcakes. Aku just guna resepi kek coklat kukus but aku taruk lam cup kecik-kecik.


yang ni aku jual rm0.50/cup.. Walaupun hitam tetap mnjadi pujaan ramai. pernah sekali dapat tempahan dari masjid sbb mse tu ade majlis ape ntah kat masjid aku pun dah lupa.. Dorang tempah lam 100biji. ok lah tu kan..hehe. Walaupun buat ni agak penat, tapi aku suka. Bila dah lama-lama buat kek ni, budak-budak jadi bosan.  Aku pun fikir idea lain. untuk tarik balik pelanggan-pelanggan aku tu. 
Aku cari sket2 idea nk ber'bisnes' ni kat internet. Macam-macam ada. then, ada satu yang menarik minat aku. CRAFT. mmg aku minat gila buat bnda2 ni. So, aku order barang-barang craft  dan aku mula ber'craft. first benda aku buat, aku buat keychain. 

haaa...ni lah keychain yang aku buat. tapi ni je gambar yang aku ada. yang lain xsempat nak amik. Aku ade buat keychain nama. guna kain ni laa..  Memang banyak giler tempahan. Dalam sehari tu penah aku x keluar bilik sebab nak siapkan tempahan. memang letih sebab duduk lama sangat. sampai cramp seluruh badan. tapi aku minat buat benda camni, sampai xkesah badan sakit2. terok x?? Dapat banyak jugak untung. Buat benda-benda ni kena banyak bersabar. sebab budak-budak ni mintak design pelik2... terpaksa ikotkan jgk sbb org kate customer's always right...kan.. lepas buat keychain, timbul plak idea nak buat brooch. guna kain yang sama. brooch ni pon dapat sambutan jugak. tapi budak-budak pompuan laa yg selalu duk beli. cikgu-cikgu pun turut serta.. bila orang hargai craft yang kita buat, kita akan rsa happy sangat. duit bukan segala-galanya...:)





macam-macam design aku buat.. kalau semua nak tunjuk sini sampai esok pon xabis korang tengok..(bajet cam banyak sannggggaaatt kan...) so aku tunjuk yang ni jela. ok x? cantek x? hehe.. Bila tiba hari guru, adik aku sibuk duk tanya nak bagi hadiah apa tuk cikgu-cikgu dia. Aku ckp bagi jela brooch tu. pastu dia kata takkan lah cikgu lelaki pon nak bagi brooch. betol jgk kan.. So, aku fikir punye fikir, dapatlah satu idea.


 

taadddaaa....inilah hasilnya.. Aku buat bantal and bunga..amacam?? cantek tak..agak mencabar jugak buat yang ni sbb nak siapkan dalam masa sehari je. pastu sibuk nak prepare barang tuk lapor diri laa settlekan mcm2..tapi akhirnya siap jugak... 
macam-macam jugaklah aku buat. nak tambah pendapatan. Ada jugak aku buat tuk suka-suka.. saja nak puaskan hati sendiri. aku ada jugak gubah barang-barang hantaran. yang tu aku buat ngan sepupu..


 


dari dulu lagi suka gubah brg2 hantaran ni. suka join makcik2... sume blaja dari dorang. kadang-kadang tengok kat internet. ada jugak reka-reka sendiri.  insyaAllah yang diri sendiri 6t aku nak gubah sdiri. baru puas hati org kata..tak gitu..:P

Bila dah terlanjur ber'kreatif' ni... Kakak ipar aku suh cantekkan baju anak dia..ank sedara aku lah. dia jadi flower girl. Disebabkan nak ikot tema, kena laa tambah-tambah apa yang patot. Aku just jahit manik2 sket kat baju tu, then buat headband dengan flower stick.. lau harry potter pggil wand..hehe



 haa... inilah hasilnye... baju yang kosong xde pape bunge...aku just tambah sket2 je.. bagi kena ngan tema hari tu.

Bila dah nak masuk kerja ni, aku stop buat bisnes. sebab nak settlekan byk benda. so, aku tak amik tempahan la.. Banyak lah jugak brg craft yg bole digunakan lagi. Pastu abang n kakak aku suh laa buat bantal. dorang nak letak lam kete dorang. so, inilah hasilnya..:)


yang lambang honda tu abang aku punye, yang ada nama tu kakak aku punye. nama tu nama anak2 dia... aku ade jugak letak kat cover tablet aku. saje nak abiskan barang craft. klau tak nanti xguna jugak.



nampak macam budak-budak kan..takpe laa..aku kan budak lagi... belom kawin lagi. huhu...tapi pkai sekejap je cover ni.. jangan tanya kenapa k..hehehe



 and this i made specially for my cinta hati. bole die wat pelok malam-malam. H= hunny n F= ehemmm2..hehe.. dah bagi daa ari tu.. sempena 200days tu. bkn sje2 nak guna kain putih, sbb mmg dah xde kain plain nak guna. so terpaksa lah guna warna putih. harap2 dia jge leklok laa..jgn letak peta kat situ sudah..hehe

itu je laa aku nak kongsi ngan korang tentang apa yang aku buat sepanjang aku bercti panjang... sekarang dah tak dapat nak ber'craft' lagi. InsyaAllah akan ada pada masa akan datang. mana lah tau aku nak jual secara online plak.. ada ke orang nak beli...hehe...murah-murah je aku jual..harga kawan2..hehe..ok laa...nak sambung buat kerja lain plak..esok dah start keje balik..so, adios mi amor..nanti aku update lagi k..

LOTS OF LOVE