Tuesday, October 9, 2012

Suatu masa nanti....

malam ni terlebih syok lak bile terada mood nak baca balik entry2 yang lepas..klaka pon ade...sedih pon ade..macam hal..memang tak dinafikan entry aku yang lepas-lepas banyak menceritakan kisah percintaan aku dengan seseorang dan kini seakan-akan tak ada langsung..aik???kemana menghilang.... mungkin ada yang fikir..alaahh...da putus la tu...dan mungkin ada yang mengata...emmm..tulaa..dulu tulis post kemain sweet2 mcm gula gitu tp skang dh senyap...dh hilang manis laa tu....

  bagi aku..terserahlah masing-masing nak menilai..aku tak nak komen apa-apa sebab ini melibatkan jodoh. semua orang tahu..jodoh pertemuan ajal maut semua ALLAH yang tentukan. bila dah makin meningkat usia ni..(bukan tua ok..) aku lebih fikir panjang. yela..dulu, asal kapel je msti nak bincang-bincang nak kawin la...itu laa..ini laa..hehe...tapi sedarkah kita..yang sebenarnya kita ni menyeksa hati kita sendiri...kita biarkan hati kita menyayangi seseorang itu terlalu over smpai dah tak tertanggung n last-last, hati jugak yang merana sebab jodoh tak kesampaian... dan sekarang, aku lebih memilih untuk tak menyayanginya terlalu over.... sebab aku tak yakin lagi siapa jodohku. dan aku masih belum bersedia menamatkan zaman bujangku ini.. aku serahkan semuanya pada yang maha esa...

   bunyi macam orang kecewa je kan.... tak..aku happy dengan hidupku sekarang. aku ada masa tuk menyayangi diri aku. aku lebih menghargai diri aku. aku ada lebih masa dengan keluarga aku, dengan kawan-kawan aku. aku bahgia dengan cara ini. tak perlu lagi menyakiti hati mana-mana pihak lagi. dan ALHAMDULILLAH, aku bersyukur kerana ALLAH telah menjarakkan kami supaya kami ada ruang tuk diri sendiri. insyaALLAH, andai jodoh kita kuat, kita akan bertemu kembali..

  amboi..tercerita lebih pula kan... bukan apa, sekadar igin meluahkan apa yang terbuku di hati. harap ada yang sudi mengerti. emmm...apa yang pasti, yang lepas, biarkan ia pergi... anggaplah ia sebagai memeri yang paling indah yang pernah berlaku dalam hidup kita. right?? Tempoh 3 tahun rasa macam kejap je. tak lama lagi, aku akan menempuh alam baru..alam perkerjaan. bolehkah??? rasa diri ini still budak-budak yang perlu dibimbing lagi. hope aku dapat menempuhinya dengan baik...amin..

  dan suatu masa nanti, segala hajatku akan tercapai...amin...:)



No comments: