Sunday, December 23, 2012

KAMI SEDIA BERKHIDMAT...!!!

alhamdulillah...semuanya sudah berakhir. kursus selama seminggu telah pun tamat dengan jayanya. Dengan itu, berakhirlah sudah titleku sebagai student, buat masa ni lah. InsyaALLAH lau dipanjangkan umur and dimurahkan rezeki, aku nak sambung ke tahap yang lebih tinggi. Sedih? of cos laa sedih sebab lepas ni aku tak dapat nak luangkan masa lagi dah dengan kawan-kawan aku yang happening gilooss ni. Memang takkan dapat dimana-mana. Sepanjang tiga tahun bersama,mcm2 benda dah kami lalui. Ada yang gaduh tarik-tarik rambut,hempas2 pintu, tarik muncung,jeling-menjeling...ada yang gelak sakan sampai terkeluar airmata..ade yang tergolek-golek,terguling-guling. semua ni adalah suatu kenangan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.

  Lepas ni masing-masing akan buat hal sendiri sementara tunggu panggilan kerja. Ada yang kerja sambilan, ada yang duk ternak lemak, and ada jugak yang jadi surirumah tak lupa juga pengasuh macam aku ni. tak kesah lah apa yang korang semua lakukan skang ni, yang penting, jangan lupe contact antara satu sama lain. Pesanan buat diri sendiri jugak. Walau jauh mana pun kita terpisah, jangan pernah lupa ikatan yang telah terbina sepanjang tiga tahun lepas. 

Disini langkahku bermula....Kolej vision!!!

my best frens forever n ever..!!!

my batch..DMI 0110

takkan dapat ku cari ganti..sobs..sobs..sobs..



So, sekarang, disamping aku menjaga budak-budak kecik, aku fikir-fikir juga, apa lagi yang boleh aku buat supaya tak bosan sangat sementara tunggu kerja. emmm..tak kesah benda tu mendatangkan hasil or tak, yang penting dapat mengisi masa-masa terluang aku ni. Tapi lau mendatangkan hasil yang lumayan apa salahnya kan. Aku ada terfikir nak belajar menjahit dengan makcik aku. emm...kira ok jugak kan. sebab sekarang nak tempah abju kurung biasa pom dah berapa. kalau buat sendiri kan jimat. kalau berkesempatan, pandai jahit baju kurung pun kira sudah memadai..kan..kan.. Aku ada jugak terfikir nak belajar memasak. almaklumlah, tak lama lagi kan nak tamatkan zaman bujang. (hahhhahahahahaaa..gelak jahat..) Apa salahnya aku asahkan lagi skill memasak aku ni..tak gitu??

 Hal tu kita ketepikan dulu. Lain kali aku boleh sambung fikir lagi. Apa yang aku nak kongsikan sekarang adalah mengenai REUNION...haha..baru je habis belajar dah terfikir nak buat reunion. Teringat pulak drama aku semasa smester pertama.."REUNION..a nightmare..!!!' emm..camne? REUNION ni bg aku wajib diadakan sebab dengan pertemuan semula ni lah kita dapat berkumpul semula sesama kita. betul tak? Tapi bila nak buat reunion ni? 5tahun? 10tahun? yang tu kena tanya batch aku dululah. Ini hanya cadangan dari aku. hope ramai yang setuju. Aku pasti lepas masing-masing sudah punya kerjaya dan berumahtangga, kompem susah nak luangkan masa bersama. so, dengan event mcm ni lah kita dapat berkumpul sesama mengimbau kembali memori. boleh jugak tengok perubahan setiap kawan-kawan kita kan?? kompem ada yang kembang, yang kuncup, yang berdua, yang bertiga...hehe...tak sabarnya...:P

Apa-apa pun, all the best to all my lovely frens..hope dapat jumpa lagi and hope jugak dapat tempat kerja sekali. Seronok dapat kenal korang semua. Kegilaan anda tak dapat aku cari mana-mana..korang memey best gilosss..forever....thanks sebab sudi kenal ngan aku...:P


KAMI SEDIA BERKHIDMAT.....!!!!



No comments: