Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Salam ramadhan semua, terutama kat family, kawan-kawan yang aku sayang sangat-sangat. Bertemu lagi kita ramadhan tuk kali ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan ibadah puasa pada kali ini. Agar puasa kali ini lebih diberkati..amin..

  Bila dah masuk je bulan puasa, apa yang menarik, dah tentunya bazar ramadhan kan. Pelbagai juadah yang ada sampai kita rambang mata nak pilih. tapi lebih ke arah nafsu semata-mata. Sebenarnya makanan kat bazar tak ada laa sesedap mana, masak sendiri lagi best. So frens, berpada-pada lah bila membeli di bazar. jangan ikutkan nafsu sangat (pesan pada diri sendiri jugak). Kalau masa student dulu, aku selalu pegi bazar, dekat kelana jaya.  Nak buat pengakuan sikitlah kat sini, dulu memang beli makanan ikut nafsu. Masa kat bazar, macam-mcam nak beli, sampai penuh tangan. tup..tup..xabis jugak... kan membazir namanya. So, skang, tuk puasa kali ni xnak jadi mcm yang lpas2 punya. Masak sendiri lagi hokkeyyy...:)

   Tak lupa jugak pasal isu baju raya. Mesti ramai yang dah tempah kan? Aku? Entahlah, semuanya aku serah kat my mom yang uruskan. Bila dah besar n dah ade kerjaya sendiri ni, dah tak ada nikmat raya (emmm...maybe sebab tahun ni dah kena bagi duit raya kot..haahaha) So, rasenya tahun ni beli baju yang dah siap je kot.

  Apa-apa pun, selamat menjalani ibadah puasa.. tetapkan satu target yang ingin dicapai sepanjang ramadhan ini. sama seperti aku, aku ada target aku sendiri..InsyaAllah. N yang paling best, aku dapat sambut puasa dengan family aku. Esok balik kampung..yeaayy...semoga perjalanan aku selamat.. amin..


LOTS OF LOVE...

No comments: