Monday, September 23, 2013

Pekakkan telinga suda...:)

Assalamualaikum...

Have a nice day today? Me? ok-ok je laa. Bila masuk ari isnin je rasa mcm malas nak pegi keje. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab tu ada, so aku gagahkan jua diri ini bangun pagi-pagi duk make up bagai  semata-mata nak cari rezeki yang halal. Bila sampai tempat keje, aku cuba berikan yang terbaik, cuba untuk senyum walaupun dalam hati ini takkan ada siapa dapat tafsir. Happykah aku berada disini? Persoalan itu aku sendiri tak dapat jawab.

 Kenapa mood macam sedih je ni? Sebenarnya, tak ada lah sedih sangat cuma terkilan dengan sesetengah pihak yang suka duk campur tangan, busybody pasal hal hidup kita. Aku tak kisah, tapi kadang sampai buat hati tersinggung, ini tak boleh dibiarkan. Aku malas nak cerita apa yang buat aku tersinggung tu. Malas nak semakkan aku punye blog dengan perkara-perkara tak best. Cuba untuk positifkan diri. Kalau duk pikir-pikir sangat nanti naik berkedut pulak muka aku ni. Tak pasal-pasal kena keluarkan duit tuk beli produk-produk kecantikan terkini dipasaran.hahaha

Ada jugak yang nasihat kat aku, tak payah pk sgt.. Kadang-kadang dorang jeles, sebab tu ada je yang dorang tak puas hati dgn kita. Mungkin kita ada kelebihan yang dorang tak ada. Be positif, pekakkan telinga, kita susah bukan dorang nk tolong pon. Kehidupan kita bukan dorang yang aturkan. Semua dah diaturkan oleh yang Maha Esa. Macam orang-orang duk kata tu, KARMA, what u give u get it back. Mungkin kali ni aku yang kena, mana tau lepas-lepas ni, dorang yang dapat sama macam dorang buat kat aku or sape-sape yang pernah terkena. Dunia ni satu je... tak lari kemana.... Nasihat ni tuk aku jugak, kadang-kadang aku tak perasan, kata-kata aku ni mungkin buat orang lain pulak terasa. Aku mintak maaf. Aku bukanlah baik sangat. Mulut ni jugak diluar kawalan..

  So lepas ni, tak payah nak puaskan hati orang sangat. Selagi kita happy dengan apa yang kita buat, selagi kita happy berkawan dengan sesiapa pun, selagi tu lah kita akan terus happy. Sampai mati pun kita tak dapat nak puaskan hati orang kalau memang orang tu tak sukakan kita. Biar orang buat jahat kat kita, jangan kita buat jahat kat orang. 

kan best lau ada kawan-kawan kat sini..leh share-share masalah ngan dorg. rindu time kolej dulu. banyak masa dgn dorg...miss them so much...:')


LOTS OF LOVE
    


No comments: