Tuesday, February 24, 2015

ME AS WEDDING PLANNER...UTK SIAPAKAH???

Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru Cina... Macam ceria je kan bride-to-be ni nak update entry. haha. gelak sikit. Tak happy mana pon. Baru je balik dari ber'holiday' kat kampung kesayangan. Alhamdulillah, beberapa hal sudah settle. Dan baru-baru ni jugak my one n only sister dah kahwin. Akhirnya...cewahhh...:) NAk tau sape wedding plannernye...jeng..jeng..jeng.. sudah semstinya aku...:PPP

Majlisnya just simple-simple je. Aku hanya berikan apa yang termampu je. Macam tak sangka je, beberapa hari lagi aku nak bergelar isteri orang, kakak aku dulu memotong. hishh..dalam masa dua bulan, dua kenduri kat umah aku. Pengsan mak!! Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

 Persiapan tuk kakak aku bermula beberapa hari je sebelum majlis. tu pon semua last minute punye plan. dari hand bouquet sampai lah tirai pelamin, semua handmade tau. sendiri buat.. barang-barang hiasan aku banyak cari kat DIY. Sesiapa yang meminati craft macam aku ni comfirm minat ngan kedai aku ni. banyak barang-barang menarik. macam-macam ada. Kain tirai lak aku cari kat Jakel, kebetulan sana ada sale masa tu, so murah lah skit kainnya.

 Ni antara gambar-gambar persiapan.. Masa kat kedai bunga tu, alaa, perempuan kan, memang rasa macam tak nak keluar je. CANTEK sgt. Aku ni dah laa giler bunga. Rasa macam nak beli semua.haha..

  
Nasib baik ada yang nak menolong. Ni my future sis in law. Banyak jugak membantu. Thanks a lot. Masa ni tengah cari bunga tuk bunga tangan. First time buat bunga tangan sendiri. Walaupun tak cantik mana tapi aku puas hati.:)



taadaaaa...ni lah hasilnya... first try kan..not bad lah. ada lah rupanya. InsyaAllah, need more practice. masih ada lagi adik perempuan. Lepas ni dia pula... Aku awal-awal volunteer nak buat..hihi.. 

inilah hasilnya mini pelamin tirai aku. simple but aku puas hati. Tak yah nak bajet banyak-banyak. just sewa pelapik nikah je. Lagi sweet kalau ada bunga kat kiri n kanan pelamin tu. Kalau ada stage lagi cun. Tapi sayang, semua last minute. Mana nak cari semua tu. Apa yang ada jela.. Hope kakak aku puas hati..:)


Kami berkongsi nama yang sama...jgn slh faham ye...hihihi


My one n only sister.. Make up of cos laa by me..kihkihkih..Simple je..Die request macam tu. So ini lah hasilnya..abaikan aku yang makin mengembang tu..Ya Allah, selera makan bertambah-tambah. dah tak larat nak diet. makin hampir dgn tarikh, makin menjadi-jadi..haaa....






with my lovely mommy... Thanks untuk segalanya. Mak orang kuat...segala-galanya dia buat tuk anak-anak dia...lepasni nak kerja kuat tuk majlis aku pulak...sayang mak..:)

ok, Dah selesai satu babak. Holiday dah habis, So, arini dah start keje balik, lagi dua minggu keje pastu cuti kawen..yahhhooo...kihkihkih...gatal kan...
So, sekarang dah boleh fokus tuk persiapan aku... Dah tak banyak. kot..hahaha. 

Aku harap majlis yang bakal berlangsung ni berjalan lancar. Semoga rumahtangga yang bakal dibina ini diberkati. Kami budak-budak baru nak mula hidup...jangan diduga hubungan ini. Biarkan kami bahagia...Doa yang baik-baik sahaja ya..:) 

LOTS OF LOVE
HUNNY


No comments: