Saturday, December 27, 2014

Dah nak Kawen ke aku?? Gelak sikit...hahaha

Assalamualaikum dunia.

 Rasa macam dah lama tak jenguk blog kesayangan ni. Rasa macam dah tak ada hati nak berblogging. Tapi malam ni, bila dah tak tahu nak buat apa. Tetiba tangan ni gatal plak nak menaip. Sibuk sangat dengan kerja. Balik rumah dah petang dah nak rehat lagi. Sabtu ahad pon kadang kadang oncall. So tak dapat lah nak rehat puas-puas sgt. Tak macam dulu-dulu. Oh ye, persiapan kahwin pon dah bermula. Dalam 40% dah siap. Excited nak kawen.hahaha. gelak puas-puas. Bila tarikhnya tu kena tunggu I announce next post la. bajet retisss laa pulak. Ni nak kena buat pc bagai ni. Mengalahkan Che Ta. Baru lah wedding of the year.

  Seronok buat persiapan ni. Semua benda buat sendiri. Slow-slow buat, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nasib baik ada jugak yang nak tolong. Bab-bab goodies ni aku dah settle awal-awal. sbb malas nak fikir dah. Nanti lagi busy dengan benda lain pulak. Nasib baik jugak ada En.Tunang yang banyak jugaklah menolong. Semua benda aku buat ngan dia. Nak beli barang apa-apa je mesti kena ada dia. Dah dia bank nye, of kos laa kena tunggu dia. hahahaha..gelak lagi..

  Tapi dalam masa yang sama aku takut jugak nak kawen ni. Kawen bukan perkara main-main. Ingat senang ke nak jadi isteri yang berkerjaya. Ikotkan hati aku nak je jadi suri rumah tapi kos sara hidup sekarang tinggi. Nak harapkan dia sorang mmg makan pasir la kami.hihihi.. Tapi rezeki itu Allah yang bagi. Kita usaha lah sama-sama. Tanggujawab seorang isteri pon bukan senang. Bila dah jadi isteri, semua benda kena minta izin dari si suami. jangan nak main hentam macam skang ni. bujang boleh lah lagi, nak lepak memalam, nak kua sesuka hati. aku takut aku tak laksanakan tugas sebagai isteri dengan baik. Semoga dia boleh bimbing aku ke arah yang lebih baik.

  Kata orang kawen biarlah sekali seumur hidup. Tapi yakinkah aku dia itu jodohku. Aku harap apa yang ada di hadapan ku ini tabah menghadapi dugaan berumahtangga bersama. yelah, kami masih muda, darah panas. mudah naik angin, ssh nak kawal emosi. Masa tunang pun sellau gaduh, inikan pula dah berkongsi hidup. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Dengan masa yang masih ada ni, aku harap sempatlah aku settle semuanya. Mungkin kita merasai kesusahan sekarang. tapi InsyaAllah, Allah kan ada. Mintalah dengan Dia.


tunjuk skit gambar pre wedding.hihihi...

for you my dear....





Awak...
 Alam rumahtangga bukannya mudah. kita lalui bersama k. Susah senang sama-sama. Saling melengkapi antara satu sama lain. Fahami saya, saya akan fahami awak. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya. I'm not perfect girl but i will be the best for you n our life.
LOTS OF LOVE

No comments: