Monday, July 21, 2014

#momenstcintaHA_FI HaniFaizzy's Engagement 7JUN 2014

assalamualaikum..
hello..hai... Lama menyepi kan. Biasa lah, bila dah melangkah masuk ke alam pekerjaan, masa semakin kurang. Balik umah je dah petang, badan penat dah tak ada masa nak mengadap laptop. Tak macam zaman-zaman student dulu. Really miss that moments. miss my beloved friends too. Tujuan ngedate memalam ni sbenarnya nak cite pasal my E-day bln lepas..Ahahh...dah jadi tunangan orang dah ni..darah manis semanis gula gitu..hahhaa
  Setelah sebulan lebih bergelar tunangan orang, Alhamdulillah setakat ini masih baik dan bertambah baik. Sebenarnya persiapan tuk majlis pertunangan aku ni dah dirancang start bulan februari lagi. Tak ada lah rancang beria sangat. Sekadar buat sikit-sikit, tak ada lah terasa sangat penatnya tu. Syukur sangat majlis pada hari tu berjalan lancar. Thanks pada yang terlibat terutamanya family aku and Family Haji Long, keluarga besar aku.huhuhu..nak nangis ase..:')

  Pada 7 JUN 2014,sabtu, majlis pertunangan aku berlangsung. Semua aku buat sendiri. Hantaran, goodies bag, termasuklah make up, semua sendirian berhad. majlis tu dimeriahkan lagi dengan kehadiran sahabat aku dari zaman sekolah rendah and bestfriend  aku yg datang dgn family dari jauh. Thanks a lot friends. 

Kat bawah ni aku ada share beberapa keping gambar sekitar majlis pertunangan aku. Thanks to photographer yang ambik gmba yg superb cantek!! Servis terbaik dr anda...kawen nanti bole laa ambik lg,,huhu



 perbincangan antara dua keluarga. Tapi time ni dah abis bincang dah. Aku tak dengar satu apa pun sebab kena duk lam bilik, time sarung cincin je dorang bagi keluar. memang dah adat camtu kan.:)

menggigil saat cincin disarung ke jari manisku. Berdebar kot..ni baru tunang belom lg nikah.


pelamin yang simple tapi cantek menarik da bomb gitu.


Selesai majlis tu, aku dan encik tunang bergerak ke outdoor photoshot. Konon-konon tuk pre-wedding laa.. Memula kekok giler nak posing. Biasenye posing sendiri-sendiri boleh laa..nak posing-posing depan photographer ni segan melampau sgt. senyum pon rase macam kelakar je.haha..pengalaman manis mse ni..sweet moment gitu.



Ada banyak lagi gambar tapi tak dapat nak share kat sini. Baru je dapat album dua minggu lepas. sangat berpuas hati. cantek-cantek gambarnya.


 Orang kate alam pertunangan ni banyak dugaannya., Aku pon tak pasti macam mana. Tapi aku harap aku dan dia dapat lalui dengan penuh kesabaran dan tolak ansur. Sedangkan lidah lagi tergigit kan. Dalam perhubungan mesti akan ade perselisihan faham tapi aku harap kami dapat handle benda ni. InsyaAllah, doakan semua berjalan lancar sampai lah hari wedding kami nanti. kesetiaan dan kepercayaan menjadi teras perhubungan kami berdua...insyaAllah, jodoh itu milik kami..amin...

LOTS OF LOVE

1 comment:

SyuhaidaGhouse said...

Alhamdulillah semoga berkekalan hendakNye.. aminnn take care..