Friday, June 7, 2013

Cerita semasa...:)

Olla...setelah beberapa minggu berkhidmat, baru hari ni sempat nak update sket isu terkini. Apa yang terkini sangat tu. Ekceli, tak ada laa penting sangat pon. Tak perlu masuk berita pon. Just nak share-share ngan korang semua je. Aku kan suke saaanggatt share ngan korang ni.huhuhu.. ok lah, sekarang aku nak share pasal kerja aku. Selama beberapa minggu ni, setakat ini kerja ok-ok jela. dah bole sesuaikan diri dah dengan tempat kerja. Tempat dah biasa pergi, dah biasa kerja, kira ok laa kan. Kadang-kadang terfikir jugak dekat kawan-kawan yang dapat tempat tak pernah dorang pergi. lagi laa rasa terasing. Aku ni kira dah untung sangat ni. Allah dah permudahkan jalan untuk aku. terima kasih pada yang membantu. Aku hargai sangat-sangat.

 Sabtu lepas (1jun2013), pensyarah aku telah selamat menjadi isteri orang. Tahniah miss lina...Eh2, dah tak bole panggil miss dah, sekarang status dah lain. Kena biasakan diri panggil puan lina laaa plak lepas ni. Puan Lina ni  jaga batch kami, mengajar kami. So, kami berpakat ramai-ramai pergi kenduri kahwin puan Lina bagi memeriahkan lagi majlis. Tapi sayang, ramai jugak yang tak dapat join. Takpe lah, kami wakilkan buat teman-teman yang tak dapat join. Selepas hampir 5 bulan tak berjumpa dengan kawan-kawan kolej, pada hari itu kami berkumpul. Seronok sangat. Rindu time belajar dulu-dulu. Masa terlalu pantas berlalu.



Inilah miss kite..cantek kan. Cantek plak warna baju yang dia pakai tu. Tiba-tiba dalam kepala nak tukar tema plak. eh2..dah ada tema ke? ehemm2.. belom bole cerita lagi. Just wait and see..InsyaAllah kalau ada rezeki and dipanjangkan jodoh, adalaa tu... Macam dah tak sabar plak nak cerita.. Yang tu nanti-nanti la ek kita cite. Suasana kat sana agak meriahla jugak. time kitaorang sampai tu dorang tgh sanding. Elok sangat laa tu. Seronok tengok orang dah bahgia. turn sape plak lepas ni ek.huhuhu



Kawan-kawan perempuan yang dapat join time tu. Agak sedih jugak bile plan lain, yang jadi lain. Takde rezeki lagi nak jumpe kot. Takpelah, dah gaji nanti kita plan jumpa tempat lain plak k. InsyaALLAH pasni sume kena join...hehe..tak lah, ak paksa pon. Yang tak dapat join tu sebab dorang ada hal yang tak dapat nak elakkan. So xleh nak kata apa lah kan. InsyaALLAH, lain masa kita ketemu lagi yaaa...


Ini gamaba sume yang hadir majlis kenduri miss lina tu.Tak ramai pon kan. 





lepas abis je melantak kat situ sampai perot pon dah buncit sume. Kami plan tgk wayang sama-sama. Masa tu kami tgk Fast6. Yang dah tgk tu pi karoksss laa...menyumbangkan suara yang sumbang.  Kami just jalan-jalan kat Summit je. Masing-masing tak gaji lagi, so xde laa yang shopping. klau tak, dah penoh kiri kanan tangan dukpegang brang.hihihi..sapelaa agaknye tu kan.terok betol.ish3!!!

tak lupa jugak kat cinta hati aku. Walaupun jauh, sanggup datang. Thanks awk. Sori sebab menyusahkan awk. Lainkali saya turun sana plak k. Hampir 5 bulan jugaklah kami xjumpe. and 1jun2013 bru2 ni cukuplah 200hari kami bersama. hehe..masih baru...masih lagi dalam proses kenal hati budi. Doakan kami k.



Satu hari tak cukup tuk lepaskan rindu. Awak jage diri elok2 k. Saya tak ada kat sana nak jaga awk. Setiap apa yang awak lakukan kat sana, saya harap tak melampaui batas. Saya pernah kehilngan dan saya tak mau lagi merasakannya. sama-sama jaga hubungan ni. Walaupun kita jauh terpisah, egtlah, kita masih berpijak di planet yang sama.. (apa punye bhasa laa aku guna ni..ish3!!! fail..)

LOTS OF LOVE



No comments: