Sunday, June 9, 2013

I Love Craft..:)

salam semua.. Selamat hari Ahad... Apa aktiviti anda pada hari ini. Ada yang keluar bersama kawan-kawan, kekasih hati or dgn family, kan. Untunglah siapa2 yang stay dekat-dekat dgn kekasih hati. Boleh la luangkan masa bersama-sama.. terasa jeles disini hokkkeyy!! Tiba-tiba terasa rindu plak kat kampung. Rindu masakan mak, rindu nak gaduh ngan adik, rindu nak bermain kat laman rumah, beriadah bersama keluarga, berkebun ke... Bila duk jauh ni, semua pasal kampung aku ingat. Masa ni baru rasa betapa nikmatnya duduk di kampung berbanding duk kat bandar besar macam sekarang ni. Tapi, aku redha.. Demi mencari rezeki yang halal.

Bila teringat masa cuti lama hari tu (sewaktu jadi penganggur terhormat dlu), teringat balik semua benda yang aku buat. Sekarang aku nak share lah sket apa yang aku buat sepanjang cuti 'menanam anggur' tu. Mula-mula bercuti dulu sibuk duk fikir nak buat apa tuk dapatkan duit. Nak keje kat bandar takde transport. nak keje kat kampung, apa je yang aku bleh buat. Disebabkan adik aku still lagi bersekolah, so aku dapat idea nk buat bisnes kecil-kecilan, suruh adik aku jual kat sekolah. First thing aku jual ialah kek cawan a.k.a cupcakes. Aku just guna resepi kek coklat kukus but aku taruk lam cup kecik-kecik.


yang ni aku jual rm0.50/cup.. Walaupun hitam tetap mnjadi pujaan ramai. pernah sekali dapat tempahan dari masjid sbb mse tu ade majlis ape ntah kat masjid aku pun dah lupa.. Dorang tempah lam 100biji. ok lah tu kan..hehe. Walaupun buat ni agak penat, tapi aku suka. Bila dah lama-lama buat kek ni, budak-budak jadi bosan.  Aku pun fikir idea lain. untuk tarik balik pelanggan-pelanggan aku tu. 
Aku cari sket2 idea nk ber'bisnes' ni kat internet. Macam-macam ada. then, ada satu yang menarik minat aku. CRAFT. mmg aku minat gila buat bnda2 ni. So, aku order barang-barang craft  dan aku mula ber'craft. first benda aku buat, aku buat keychain. 

haaa...ni lah keychain yang aku buat. tapi ni je gambar yang aku ada. yang lain xsempat nak amik. Aku ade buat keychain nama. guna kain ni laa..  Memang banyak giler tempahan. Dalam sehari tu penah aku x keluar bilik sebab nak siapkan tempahan. memang letih sebab duduk lama sangat. sampai cramp seluruh badan. tapi aku minat buat benda camni, sampai xkesah badan sakit2. terok x?? Dapat banyak jugak untung. Buat benda-benda ni kena banyak bersabar. sebab budak-budak ni mintak design pelik2... terpaksa ikotkan jgk sbb org kate customer's always right...kan.. lepas buat keychain, timbul plak idea nak buat brooch. guna kain yang sama. brooch ni pon dapat sambutan jugak. tapi budak-budak pompuan laa yg selalu duk beli. cikgu-cikgu pun turut serta.. bila orang hargai craft yang kita buat, kita akan rsa happy sangat. duit bukan segala-galanya...:)





macam-macam design aku buat.. kalau semua nak tunjuk sini sampai esok pon xabis korang tengok..(bajet cam banyak sannggggaaatt kan...) so aku tunjuk yang ni jela. ok x? cantek x? hehe.. Bila tiba hari guru, adik aku sibuk duk tanya nak bagi hadiah apa tuk cikgu-cikgu dia. Aku ckp bagi jela brooch tu. pastu dia kata takkan lah cikgu lelaki pon nak bagi brooch. betol jgk kan.. So, aku fikir punye fikir, dapatlah satu idea.


 

taadddaaa....inilah hasilnya.. Aku buat bantal and bunga..amacam?? cantek tak..agak mencabar jugak buat yang ni sbb nak siapkan dalam masa sehari je. pastu sibuk nak prepare barang tuk lapor diri laa settlekan mcm2..tapi akhirnya siap jugak... 
macam-macam jugaklah aku buat. nak tambah pendapatan. Ada jugak aku buat tuk suka-suka.. saja nak puaskan hati sendiri. aku ada jugak gubah barang-barang hantaran. yang tu aku buat ngan sepupu..


 


dari dulu lagi suka gubah brg2 hantaran ni. suka join makcik2... sume blaja dari dorang. kadang-kadang tengok kat internet. ada jugak reka-reka sendiri.  insyaAllah yang diri sendiri 6t aku nak gubah sdiri. baru puas hati org kata..tak gitu..:P

Bila dah terlanjur ber'kreatif' ni... Kakak ipar aku suh cantekkan baju anak dia..ank sedara aku lah. dia jadi flower girl. Disebabkan nak ikot tema, kena laa tambah-tambah apa yang patot. Aku just jahit manik2 sket kat baju tu, then buat headband dengan flower stick.. lau harry potter pggil wand..hehe



 haa... inilah hasilnye... baju yang kosong xde pape bunge...aku just tambah sket2 je.. bagi kena ngan tema hari tu.

Bila dah nak masuk kerja ni, aku stop buat bisnes. sebab nak settlekan byk benda. so, aku tak amik tempahan la.. Banyak lah jugak brg craft yg bole digunakan lagi. Pastu abang n kakak aku suh laa buat bantal. dorang nak letak lam kete dorang. so, inilah hasilnya..:)


yang lambang honda tu abang aku punye, yang ada nama tu kakak aku punye. nama tu nama anak2 dia... aku ade jugak letak kat cover tablet aku. saje nak abiskan barang craft. klau tak nanti xguna jugak.



nampak macam budak-budak kan..takpe laa..aku kan budak lagi... belom kawin lagi. huhu...tapi pkai sekejap je cover ni.. jangan tanya kenapa k..hehehe



 and this i made specially for my cinta hati. bole die wat pelok malam-malam. H= hunny n F= ehemmm2..hehe.. dah bagi daa ari tu.. sempena 200days tu. bkn sje2 nak guna kain putih, sbb mmg dah xde kain plain nak guna. so terpaksa lah guna warna putih. harap2 dia jge leklok laa..jgn letak peta kat situ sudah..hehe

itu je laa aku nak kongsi ngan korang tentang apa yang aku buat sepanjang aku bercti panjang... sekarang dah tak dapat nak ber'craft' lagi. InsyaAllah akan ada pada masa akan datang. mana lah tau aku nak jual secara online plak.. ada ke orang nak beli...hehe...murah-murah je aku jual..harga kawan2..hehe..ok laa...nak sambung buat kerja lain plak..esok dah start keje balik..so, adios mi amor..nanti aku update lagi k..

LOTS OF LOVE

2 comments:

nur b@iyah said...

salam..
tumpang tanya..
beli barang-barang untuk buat semua ni kat mana yer?

HunnyAbllah said...

sori..lmbt reply.. brg2 craft sy order on9.. dgn asmafeltbox.com.. brg2 craft kt situ sume cntek2..:)