Friday, October 11, 2013

"Tak semestinya sekali cuba terus jadi..."

Hallo hai semua. Lagi beberapa hari kita bakal menyambut hari raya aidiladha. Sesiapa yang dapat cuti mesti happy riang tak terkata sambil lompat-lompat hipp-hipp hoorey kan. Tak macam aku ni, raya nanti kena kerja. "Kami sedia membantu"... Selagi masih single, maksud aku single tak kawin laa, selagi tu tak kesah sangat(ekceli dah siap prepare kotak tisu..kot-kot nangis malam raya..) Takpelah, masa ni lah nak rasa semua ni. sabar jela.

Esok aku dah start keje sampai raya. Then bercuti seminggu selepas itu. Amboi! ni betul-betul lepas geram. Bukan selalu dapat balik kampung. Masa ni laa nak bermanja-manja ngan my mum. masak sesedap. Tak ada sapa boleh lawan masakan mak n abah. The best in the world lah. Dah laa musim buah tak dapat balik. kompem-kompem buah-buah kat kampung dah dirembat dlu oleh adik beradik yang lain. 

  Balik kampung nanti kompem berat badan naik balik..Arghh. Itu yang membimbangkan aku. ya, aku seorang yang suka kan kecantikan n sudah semestinya aku tersangat obses utk kurus. Tak dinafikan naik sekilo pon aku dah rse macam naik 10kg. Sebab tu sekarang aku mula berjaga-jaga bab-bab makan. Masa ni lah nak jaga kesihatan diri. Bkn setakat pemakanan je kena kawal, kena lah selalu exercise. Aku sekarang akan paksa jugak diri tuk luangkan sikit masa tuk exercise. bagi badan berpeluh sikit. mula-mula memang rasa berat nak buat, bila dah selalu, rse best plak. macam-macam exercise boleh buat. Aku sekarang tertarik dengan zumba. ape tu? Alah, korang mesti lagi tau kan. Aku baru je tau pasal ni, search kt youtube, then ikot step dorang. best. buat kat rumah suda.

  Sekarang aku tengah survey supplement terbaik tuk kesihatan diri. Kena hati-hati jugak bab-bab ni. Ada jugak produk yang tak mendapat kelulusan dr KKM, itu laa ini lah sampai memudaratkan diri sendiri. So hati-hati lah ye kawan-kawan. Macam-macam produk keluar sekarang, Semua orang mampu untuk kelihatan cantik. Umur makin hari makin meningkat, so jagalah kesihatan diri.  Kecantikan itu bukan terletak pada luaran sahaja, dalaman jugak penting. Sebab tu aku tengah sibuk duk cari produk yang tebaik dan berpatutan. Any suggestion tuk aku?


Tak dinafikan semua orang nak cantik, macam-mcam benda cuba tuk jadi cantik. Sebenarnya semua orang cantik, cuma ia berbeza dari sudut pandangan setiap insan. Citarasa kan berbeza-beza even model pon ada je yang tak cantik. Semua tu boleh tacap. So, jadilah diri sendiri. Cantik itu ada dalam diri kita.. Tak gitu?



So kawan-kawan, jaga lah kesihatan kita tak kira muda atau tua. 

"You're amazing..Just the way you are..."


LOTS OF LOVE


No comments: