Saturday, November 9, 2013

Tak salah nak cuba benda baru kan?

Salam semua...
Alhamdulillah, ada jugak masa terluang nak update isu-isu terbaru sekarang ni. Sekarang macam-macam application dah kua. Ada yang best n ada jugak yang tak best. Ada yang dah lame kua tapi baru sekarang perasan sebab sibuk. Macam games jugak, bagi yang kaki games tu mungkin dorang tau ape games yang terbaru kua. Bagi aku yang hanya pandai main game candy crush ni (tu pon level 30 xlepas2..haha..) memang tak tahu langsung laa pasal games ni.hehe..yang candy crush tu pon tak selalu main.

Selain facebook, aku ni memang suka ngan application Instagram. Yelaa, aku ni suka post gambar-gambar, suka tengok gambar-gambar artis, barang-barang macam baju, kasut n sebagainya kat instagram. Kalau dulu online shop hanya kat facebook n blog je kan, sekarang kat instagram pon bole. lagi best kot. bukan setakat gambar, video pon bole. Artis-artis pon banyak share gambar-gambar terbaru dorang, rasa macam lagi dekat.

Baru-baru ni masa ngah duk tengok-tengok gambar kat instagram, ada satu instagram ni, instagram Hanis Zalikha @ Keknis, dia ad post pasal application baru iaitu Dayre. Macam best je..macam best je..huhu. So dengan sepantas mungkin aku cari kat Play Store. Dayre ni lebih kurang macam blog jugak tp aku rse lg simple la sbb bleh terus post gune fon.Senang. Bila-bila masa je bole post. Blog pon bole jugak. Aku ni jenis yang suke tulis diari, apa-apa yang terlintas difikiran or apa-apa masalah aku share lam diari aku, bila ada blog aku share lam blog n sekarang aku ada Dayre, so senang nak tulis apa sahaja yang aku nak..bila-bila masa...

Haaa..ni laa application tu. Macam best je kan. Pedulikan aku punye cover photo..Aku ni peminat tegar kartun..teramat sangat. So sape2 yang ada Dayre ni jom follow me...i'll follow u back..:)



Ni aku punye instagram. Saje je nak promote instagram sendiri. 

Benda-benda macam ni sebenarnya dapat jugak hilangkan stress. Dapat jugak tau info-info terkini, fesyen terkini, tetapi boleh jugak menambahkan stress. Laju je duit keluar bila dah nampak barang-barang cantik kat online shop ni. Stress betol kan.hahaha

Memang tak salah laa kan nak mencuba benda-benda baru ni. Dan janganlah kita guna benda-benda ni untuk jalan yang salah or untuk hentam mana-mana pihak ke. Tak elok tau. Masing-masing ada hak masing-masing nak post whatever dorang suka. Lately ni banyak komen-komen kat gambar-gambar artis yang kurang senang tuk dibaca. Nak menegur tu bagus tapi biar kena dgn cara. Dan kita sebagai pengguna pon agak-agak laa nak post sesuatu, fikir dulu. Kalau benda tu tak mendatangkan mudarat or apa shaja yang positif teruskan niat anda. kalau tak, simpan je tuk diri sendiri. Kata orang, tak semua benda kita boleh share kan. tak gitu?

Lagi bagus kalau guna kan applications ni tuk benda2 yang baik contohnya macam sebarkan nasihat2 yang berguna, sebarkan tips2 yang baik2 or boleh juga dijadikan tmpat tuk sampaikan ilmu2 yang berguna. masing-masing dapat pahala. amin.:)

So, apa lagi, cepat2 laa install...same2 laa kite ber'Dayre'...Ingat!!Sebarkan yang elok-elok sahaja...:)

LOTS OF LOVE





No comments: